PERUTUSAN KOMANDAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan keizinannya dapat kita menyiapkan laman web mini ini sebagai hadiah khas buat semua bekas pelatih, staff pengurusan dan jurulatih yang pernah dan sedang menjalani latihan/berkhidmat di Kem PLKN KK Di Bawah Bayu yang penuh dengan nostalgia pahit manis ini.

Bersesuaian dengan perkembangan zaman IT ini, saya begitu yakin bahawa laman web mini ini akan dapat memberikan pelbagai maklumat yang berguna kepada bekas-bekas pelatih, staff dan jurulatih yang telah meninggalkan kem kkdb ini. Kehidupan di kem yang memang banyak kenangan pahit manis ini sememangnya tidak mudah untuk dilupakan dan pastinya kenangan manis ini akan segar dalam diary kenangan kita sehinggalah kita menutup mata. Justeru itu, saya berharap agar laman web mini kkdb ini akan dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin bagi pengubat kerinduan kepada semua yang pernah menghuni kem kkdb ini.

"Friendship will remain and never can end".. inilah kata-kata keramat kepada mereka yang tahu menilai erti persahabatan.. jadi terus-teruslah menjalin perhubungan antara satu sama lain walaupun telah bergelar BEKAS PELATIH/STAFF/JURULATIH.. kerana kawanlah pengubat duka dikala kita kesunyian dan kawan jugalah penghibur tatkala kita dalam kesedihan..

Syabas kepada jurulatih yang telah bertungkus-lumus dalam membangunkan laman web mini ini dan saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasih atas usaha anda. Semoga jasa anda akan mendapat ganjaran setimpal dari Yang Maha Esa.. insyaAllah.

Akhir kata, saya selaku Komandan Kem PLKN KK Di Bawah Bayu ingin memohon berbanyak maaf seandainya mini web ini masih kurang sempurna dan masih banyak kekurangan, justeru itu insyaAllah perkara ini akan diperbaiki dari masa ke semasa.

Saya juga ingin memohon maaf kepada semua bekas pelatih/staff/jurulatih kem kkdb jika sepanjang saya menerajui kem ini dahulu masih terdapat rasa kurang senang, sakit hati dan masih ada geram dihati.. kerana mungkin tidak saya sedari atau atas kesilapan saya sendiri, maaf.. maaf.. maaf..

Walaupun kita sudah tidak sebumbung lagi namun wajah-wajah kalian tetap segar dalam ingatan saya sampai bila-bila.. saya akan sentiasa berdoa semoga kalian akan terus berjaya baik di dunia maupun di akhirat.. sudi-sudilah untuk mendoakan kejayaan dalam kerjaya saya.. insyaAllah INGAT KKDB INGAT 5H dan 3J.. jika ada sumur diladang bolehlah saya menumpang mandi.. jika ada umur yang panjang.. insyaAllah kita kan bersua lagi di suatu hari nanti. Wassalam.

‘SATU HASRAT, SATU SEMANGAT, SATU TEKAD’

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. assalam saya bekas pelatih kkdb, betapa rindunya pada kem ni teramat sangat.. hope dapat jumpa JL, kem dan kawan - kawan kem dan harap ada lagi alumni plkn di bukit jalil sabah sarawak boleh turun kl naik charlie..

    ReplyDelete